up

Objektif SPAS + SPLS.

Objektif Sistem Pemantauan Akademik Sekolah (SPAS) dan Sistem Portal Latihan Sekolah (SPLS) yang dihasilkan oleh SFFP Technology & Consultant adalah bagi tujuan membantu memudahkan pelajar, ibu bapa pelajar, guru serta guru-guru pentadbir dalam membentuk kecemerlangan akademik pelajar.
main pic

Memudahkan Pelajar

Belajar melalui perancangan sistematik lebih mudah cemerlang berbanding tanpa perancangan.

Dalam SPAS + SPLS : Pelajar membuat latihan berdasarkan senarai latihan harian yang telah diberikan oleh guru matapelajaran secara sistematik.

Disamping itu pelajar dapat menambah ilmu pengetahuan berdasarkan latihan yang dibuat. Menjawab soalan sama seperti membaca nota. Tetapi semasa menjawab soalan tumpuan pelajar adalah lebih berbanding membaca nota.

Pelajar juga boleh menguji kefahaman secara sendiri terhadap latihan-latihan yang terdapat dalam portal.

main pic

Memudahkan Ibu Bapa

Kebanyakan ibu bapa kekurangan waktu untuk memantau aktiviti anak-anak.

Melalui SPAS + SPLS : ibu bapa mampu memantau dengan mudah aktiviti serta pencapaian anak bagi membantu anak mencipta kecemerlangan.

Menjimatkan masa ibu bapa : hanya 1 bulan sekali sama seperti memantau setiap hari.

Ibu bapa boleh memantau dimana sahaja aktiviti yang dijalankan oleh anak dimana sahaja asalkan mempunyai talian internet.

main pic

Memudahkan Guru

Memudahkan guru dalam memberi latihan serta menganalisa tahap kebolehan pelajar.

Guru lebih mudah mengenalpasti masalah pelajar berkaitan topik berbanding keseluruhan subjek.

Peningkatan prestasi pelajar lebih mudah dilakukan sekiranya masalah berkaitan topik berjaya dikenalpasti berbanding keseluruhan subjek.

Lebih menjimatkan masa guru dalam membentuk peljar cemerlang.

main pic

Memudahkan Guru Pentadbir

Dapat melihat data berkaitan aktiviti akademik pelajar berdasarkan subjek, kelas, tingkatan atau keseluruhan sekolah.

Dalam melihat data berkaitan tahap pencapian akademik semasa pelajar berdasarkan subjek, kelas, tingkatan atau keseluruhan sekolah.

Lebih mudah mengadakan program yang memberi tumpuan kepada kelas, subjek atau pelajar tertentu.

Mampu memantau pencapaian setiap subjek dan kesediaan pelajar bagi menhadapi sesuatu peperiksan dengan lebih mudah.